Isnin, 26 November 2012

VITAMIN C N VITALE

Multi yang Hebat
Suplemen seimbang dan komprehensif yang dihasilkan dengan Sains terbaik Shaklee yang mampu dibeli.  Vita-Lea dirumus khas bagi memenuhi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu:
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.*
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam
      mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan
      tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D
      untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk
      memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah
      merah.*



Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Tiada tambahan perasa tiruan, pemanis, bahan pewarna atau pengawet.







VITAMIN C



Semua orang tahu bahawa Vitamin C boleh membuatkan kulit menjadi cantik dan licin. Benarkah begitu?
  • Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
  • Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amatdigalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
  • Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.





MAHA 2012









Pada 23 november 2012 perpustakaan mengadakan lawatan ke UPM dan MAHA 2012.Gambar di UPM aku tak ade.Nanti cuba minta dengan Cik Lin.Yang ada hanya di MAHA 2012.Ni aje koleksi yang ade tak banyak mana pun...kepada ndegeng selamat shopping buah-buahan tempatan....

BAYIKU G6PD



AS SALAM

SEMASA MENDAPAT TAHU BABYKU ADE G6PD AKU DAH RISAU N NAK NANGIS.APA TAKNYA MACAM-MACAN TAK BOLEHNYA.PENJAGAANYA KENA LA AMAT RAPI.SEBAGAI IBUBAPA TAK BOLEH LALAI.PADAHNYA TAK SANGUP AKU NAK TEGOK ANAK DUK KAT HOSPITAL.

SEKARANG NI AKU  JAGA PEMAKANAN SEBAB BABYKU MENYUSU BADAN.SEKARANG AKU CUBA AMBIK BEBERAPA VITAMIN TAMBAHAN UNTUK MENJADIKAN SISTEM ANTIBODI BABYKU KUAT.SEBELUM NI AKU AMBIK ALFALFA SHAKLEE.TAPI VITAMIN NI DALAM KATOGERI HERBA TAKUT PLAK.VITAMIN C MASIH AKU AMALKAN MAKAN.NAK HARAPKAN PEMAKANAN HARIAN UNTUK BADAN SENDIRI CUKUP LA TAPI BABY MACAM MANA?JADI AKU LABORKAN CIKIT DUIT UNTUK BELI VITAMIN TAMBAHAN UNTUK BABY AKU.

SETAKAT NI ALHAMDULILAH BABY AKU CHAT.DAH HAMPIR 2 BULAN AKU TAK MENGUNJUNGI KLINIK.CUMA ARITU MASA KE KLINIK CHECK UP 4 BULAN BERAT BABY AKU NAIK TAK CANTIK.KAT BAWAH GRAF TAPI MASIH WARNA PUTIH.SELERA MAKANNYA KURANG RISAU GAK AKU.

SETAKAT NI JE DULU CITE BABYKU, NANTI BILA FREE AKU UP DATE LAGI.UNTUK BABAY IBU MUHAMMAD NOOR QA'IB IBU DOA KAN ANAK IBU CHAT DAN MENJADI MANUSIA YANG BERJAYA DAN BERGUNA SUATU HARI NANTI.

G6PD

Pengenalan

Penyakit kekurangan enzim G6PD atau lebih dikenali dengan nama G6PD di kalangan rakyat Malaysia merupakan satu penyakit bawaan genetik. Ia boleh menyebabkan anemia akibat stress pengoksidaan apabila pesakit tersebut terdedah kepada ubat-ubatan, makanan atau bahan-bahan tertentu. Akibat daripada stress pengoksidaan, sel-sel darah merah akan pecah dan ini menyebabkan anemia berlaku. Proses pemecahan sel-sel darah merah ini dinamakan hemolisis.

Penyakit ini biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan dianggarkan 3-5% penduduk Malaysia mengalami masalah kekurangan enzim G6PD.

Pesakit yang mewarisi penyakit ini boleh hidup sebagaimana manusia normal akan tetapi ubat atau makanan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis perlu dielakkan.
Apakah yang dimaksudkan dengan kekurangan enzim G6PD?


Di dalam sel darah merah terdapat satu jenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD (Glucose-6-phosphate dehydrogenase ). Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.
Apakah gen yang bertangggungjawab menyebabkan kekurangan enzim G6PD?

Punca utama kepada berlakunya masalah kekurangan enzim G6PD ialah mutasi di dalam gen G6PD. Gen G6PD mengeluarkan arahan supaya enzim G6PD dibentuk. Enzim ini terlibat dengan normal pemprosesan karbohidrat dan ia juga melindungi sel-sel darah merah daripada molekul berbahaya yang dipanggil molekul oksigen reaktif. Molekul ini merupakan hasil kumuhan sel. Tindak balas kimia yang melibatkan G6PD menghasilkan unsur yang mencegah molekul oksigen reaktif daripada terbina dan terkumpul di dalam sel darah merah sekaligus melindungi sel darah merah daripada pecah.

Sekiranya mutasi di dalam gen G6PD mengurangkan kuantiti enzim G6PD atau menukarkan strukturnya, enzim ini tidak lagi dapat memainkan peranannya sebagai pelindung sel darah merah sekaligus menyebabkan pengumpulan molekul oksigen reaktif yang membawa kerosakan kepada sel darah merah. Faktor seperti jangkitan,sesetengah ubat-ubatan, ataupun memakan kacang parang boleh meningkatkan paras molekul oksigen reaktif dan ini akan menyebabkan sel darah merah dimusnahkan lebih cepat berbanding penghasilannya. Berkurangnya sel darah merah membawa kepada timbulnya simptom dan tanda hemolitik anemia.

Banyak penyelidik percaya yang pembawa-pembawa G6PD mungkin dilindungi daripada penyakit malaria. Ini kerana pada pandangan mereka berkurangnya fungsi enzim G6PD menyebabkan parasit sukar untuk masuk ke dalam sel darah merah.

Bagaimanakah seseorang itu mewarisi kekurangan enzim G6PD?

Masalah kekurangan enzim G6PD ini ditentukan oleh kromosom resesif X. Gen yang dikaitkan dengan masalah kekurangan enzim ini terletak pada kromosom X. Lelaki hanya mempunyai satu kromosom X. Oleh itu, sebarang perubahan secara mutasi pada kromosom X tersebut sudah cukup untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD. Berlainan pula dengan perempuan yang mempunyai 2 kromosom X, mutasi perlu berlaku pada kedua-dua kromosom untuk mewujudkan keadaan kekurangan enzim G6PD ini. Oleh kerana faktor inilah, kebanyakan pesakit kekurangan enzim G6PD adalah lelaki.
Bagaimana masalah kekurangan G6PD ini didiagnosa?

Berdasarkan sampel darah yang diambil, pesakit kekurangan enzim G6PD akan menunjukkan kandungan haemoglobin yang kurang dan bilirubin yang tinggi di dalam darah.

Ujian spesifik paras enzim G6PD menunjukkan kandungan enzim yang rendah di dalam darah. Walau bagaimanapun semasa fasa akut, paras enzim di dalam darah mungkin normal atau hampir normal kerana sel yang terbabit semuanya dimusnahkan meninggalkan sel darah merah muda yang mempunyai paras normal enzim G6PD.

Oleh kerana keadaan ini adalah diwarisi daripada ibu yang merupakan pembawa gen tersebut, darah ibu pesakit akan menunjukkan paras enzim G6PD yang rendah daripada normal ataupun sedikit rendah daripada normal. Ini menguatkan lagi diagnosis kekurangan enzim G6PD pesakit.

Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit kekurangan enzim G6PD? 

Bagi kebanyakan pesakit yang menghadapi masalah kekurangan enzim G6PD, hemolitik anemia adalah tidak ketara sehinggalah 48-96 jam selepas pesakit mengambil bahan-bahan yang boleh menyebabkan pengoksidaan seperti aspirin, sulfonamid, ubat malaria(seperti primaquin), naftalin dan kacang parang (fava beans). Selain daripada yang tersebut di atas, jangkitan bakteria atau virus juga boleh menyebabkan hemolitik anemia kepada pesakit kekurangan enzim G6PD ini.

Gejala-gejala hemolisis yang akut termasuklah kepucatan, jaundis,mudah letih, sesak nafas, jantung berdebar-debar dan hemoglobinuria (hemoglobin dalam air kencing) yang menjadikan air kencing berwarna gelap. Kematian boleh berlaku sekiranya pesakit mengalami hemolisis yang teruk.

Jaundis dapat dilihat pada bahagian mata putih pesakit apabila berlakunya hemolisis di dalam                                              pesakit kekurangan enzim G6PD.
Bagi bayi baru lahir, kekurangan enzim G6PD boleh menyebabkan jaundis(kekuningan) yang patologik. Jaundis pada bayi-bayi yang mempunyai tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah perlu menjalani transfusi darah.

Walaupun ramai yang mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD ini, tetapi ramai yang tidak pernah menghadapi gejala-gejala atau tanda-tanda seperti di atas.

Apakah ubat-ubatan yang patut dielakkan bagi pesakit kekurangan enzim G6PD?

Anti-malarial : Primaquine dan pamaquine( Chloroquine di bawah pengawasan mungkin digunakan apabila antimalaria diperlukan untuk pencegahan atau rawatan malaria )
Sulfonamides : Sulfacetamide, Sulfanilamide, Sulfamethoxazole (e.g. Septra, Bactrim),Sulfasalazine.
Anti-bacterials : Nitrofurantoin, Nalidixic Acid, Dapsone, Mafenide Cream (Sulfamylon).
Analgesics : Phenacetin, Acetanilid, Phenazopyridine (Pyridium).
Antihelmintics : ß-Naphthol, Stibophen dan Niridazole.
Miscellaneous
Vitamin K analogues (1mg phytonadione boleh diberikan kepada bayi)
Probenecid
Dimercaprol (BAL)
Flutamide (Eulexin)
Methylene Blue
Tolouidine Blue
Napthalene ( ubat gegat )

Apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan oleh pesakit kekurangan enzim G6PD?
Secara umumnya 
:

1)Kesemua ubat yang “contraindicated” di dalam kes G6PD

2)Mungkin tidak boleh digunakan di dalam kes Kelas 1 G6PD.

Mengikut klasifikasi WHO, G6PD dibahagikan kepada 5 kelas. Kelas 1-3 merupakan keadaan kekurangan enzim.

Kelas 1 : Kekurangan enzim yang teruk (iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kronik hemolitik anemia.

Kelas 2 : Kekurangan enzim yang teruk ( iaitu kurang daripada 10% aktiviti) dengan kadang-kadang berlakunya hemolisis.

Kelas 3: Kekurangan enzim yang sedikit ( dengan 10-60 % aktiviti ), hemolisis hanya berlaku apabila wujudnya keadaan stres iaitu ketika jangkitan, ubat-ubatan tertentu dan pengambilan kacang parang.

Kelas 4: Varian tanpa kekurangan enzim, dengan tiadanya symptom atau tanda.

Kelas 5: Aktiviti enzim meningkat dengan tiadanya symptom atau tanda.

Antara ubat-ubatan yang boleh diambil oleh pesakit kekurangan enzim G6PD:
Analgesics 
Acetaminophen ( paracetamol )
Aspirin ( boleh diberikan tapi dalam dos yang sederhana sahaja )
Auralgan
Cardiovascular Agents
Procainamide
Quinidine
Neurologic Agents
Trihexyphenidyl
Levodopa
Phenytoin
Antibiotics
Chloramphenicol
Chloroquine
Isoniazid
Probenecid
Proguanil
Pyrimethamine
Miscellaneous
Vitamin C
Colchicine
Diphenhydramine
Bagaimanakah anemia yang disebabkan oleh penyakit ini dirawat ?

1)Sekiranya anemia adalah teruk, transfusi darah mungkin diperlukan.

2)Di dalam kes bayi yang baru lahir, langkah untuk mengurangkan bilirubin harus dilakukan kerana keadaan ini merbahaya kepada bayi. Fototerapi diberikan untuk memusnahkan bilirubin melalui kulit. Sekiranya bilirubin terlampau tinggi di dalam darah, “exchange transfusion” diberikan. Di dalam proses “exchange transfusion” ini, darah yang kaya dengan bilirubin dan rendah haemoglobin dibuang dan diganti dengan darah yang rendah bilirubin dan kaya haemoglobin. Dengan itu darah yang mengalir di dalam tubuh bayi akan mempunyai rendah bilirubin dan normal haemoglobin.


Gambar di atas menunjukkan seorang bayi yang sedang menjalani fototerapi disebabkan oleh                                                                 jaundis.



Exchange transfusion dilakukan apabila paras bilirubin terlampau tinggi di dalam darah bayi.
3) Pesakit yang menderita akibat episod hemolitik anemia perlu mengambil air yang banyak. Begitu juga, supplemen seperti folid acid perlu diambil untuk membantu pembentukan haemoglobin dan sel darah merah.

Seriuskah masalah kekurangan enzim G6PD ini?

Jika diberi rawatan dan nasihat yang betul, pesakit boleh hidup dengan gaya hidup yang normal. Kebanyakan pesakit tidak menunjukkan sebarang masalah dalam tempoh yang panjang. Walaubagaimanapun apabila episod hemolitik anemia berlaku,ia perlu dirawat dengan rawatan yang sesuai.

Sebagai seorang yang mengalami masalah kekurangan enzim G6PD, apakah yang patut saya lakukan?

Anda dinasihatkan supaya menjauhi makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya,semua jenis kacang atau produk kacang dan gula-gula dan makanan berperisa menthol.

Apabila berjumpa dengan doktor, anda hendaklah memberitahu doctor yang anda mempunyai masalah kekurangan enzim G6PD supaya doktor tidak mempreskripsikan ubat yang boleh menyebabkan anemia kepada anda.

Anda juga dinasihati supaya tidak mengambil ubat-ubatan terutamanya antibiotic dan lain-lain ubat-ubatab tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. berlaku dengan cepat dan ini membawa kepada hemolitik anemia.

Rabu, 21 November 2012

Ubi Bakar

Anak dara aku pn sama sibuk nak join ayahnya bakar ubi


mula-mula idup api utk dapatkan bara

Yang penting ubinya..x de X jd la ubi bakarnya....



Ni ubi dah dibakar blh gapp...

Berseleranyaaaa dia makan....

Kena kupik dl kulitnya...tanah daa....

lepas kikis tanah nak bg mak mertuanya makan....

Mak pun berselera merasa menantu bakar ubi 
As salam....

 Selepas suami tersayang balik kerja sibuk nak makan ubi bakar.Dah pukul 9.30 malam sibuk buat unggun api nak bakar ubi.Nak tak nak ikut kan je la orang dah teringan....dah berpuluh tahun x makan ubi bakar.Setahu aku ini makanan orang di zaman Jepun.Layannnn jeee....

1 jam kemudian masak la ubinya....syok makan panas-panas...baunya uummm....harumm......Sebenarnya aku pun dah lama x makan ubi kayu bakar ni....rasa memang sedapppp....

Terima kasih suamiku kerana dikau merasa juga isterimu ini ubi bakar........

Selasa, 20 November 2012

Perkara yang mempengaruhi susu ibu


Perkara-perkara yang boleh mempengaruhi susu ibu adalah :




Kekerapan menyusu
-lagi kerap ibu mengepam atau direct feeding dan lebih banyak stimulation diberi maka lebih banyaklah susu terhasil.

Mood ibu
-ketika ibu gembira, hormon oxytoxin dihasilkan. Hormon ni akan meransang pengeluaran susu ibu.

Kesihatan ibu
-susu ibu masih selamat diminum walau ibu jatuh sakit. Namun, production susu mungkin merudum disebabkan taraf kesihatan yang terjejas. Walau ibu sakit, cuba tenangkan diri semasa menyusukan anak.

Mind set ibu
-percaya tak dengan hanya keyakinan pada diri dan penyerahan pada ketentuan Allah, susu yang sikit boleh menjadi banyak. Setiap anak itu telah ditentukan rezekinya. Kita hanya harus terus berusaha kerana Allah mengkehendaki hambaNya berusaha.

Namun kalau mind set asyik percaya susu sikit, susu tak cukup, risau lebih tanpa berusaha, keturunan memang susu sikit, anak dulu pun susu sikit, ia akan menjadi doa.

Cuaca
-jika cuaca panas, susu foremilk yang cair akan lebih banyak dari hindmilk. Jadi, jangan gelabah.

Menstrual
-ada ibu yang productionnya jatuh apabila nak datang dan ketika period. Jika anda begitu, haruslah membuat bekalan spare untuk anak anda. Ada sesetengah ibu yang berjaya mengekalkan production dengan pengambilan kalsium tambahan ketika waktu ini.

Pemakanan
-walaupun banyak pendapat yang berbeza namun tepuk dada tanya selera. Kalau xpercaya, pemakanan mempengaruhi susu ibu sila cuba sendiri. Mungkin anda berbeza dari orang lain.

-makanan yang berangin boleh membuatkan anak yang minum susu ibu mendapat kembung.
-makanan yang anak alergik, walaupun diambil oleh ibu, anak boleh mendapat kesannya.
-supplemen b complex boleh membuatkan susu ibu kelihatan lebih creamy kerana warnanya.
-supplemen milk booster seperti alfalfa, fenugreek, kucai, lobak
putih, kurma, longan boleh membanyakkan susu ibu
dengan syarat rutin mengepam tidak ditinggalkan. Ia sangat individualistic iaitu bergantung pada individu.

Masa
-ada ketikanya anak yang mengalami growth spurt memerlukan susu lebih banyak. Jika ibu sentiasa memberi, production susu boleh meningkat bersesuaian dengan keperluan anak.

Lekapan
-lekapan atau latching yang betul memastikan payudara diperah sepenuhnya. Jadi susu baru akan dihasilkan sepenuhnya juga. Jika tidak, susu masih berbaki dan susu baru akan terjejas. Lama kelamaan, production akan menurun. Ibu juga mungkin mengalami kesakitan kerana payudara bengkak.

Mengandung
-ketika mengandung, susu ibu mungkin menurun kerana hormon prolaktin yang terjejas dengan kenaikan hormon entrogen dan progestron. Jika mahu meneruskan penyusuan, sentiasa positif dan kekalkan rutin mengepam. Pastikan kesihatan ibu dan bayi yang dikandung menjadi keutamaan juga. Jika perlu, dapatkan supplemen untuk support kesihatan ibu.

Ahad, 18 November 2012

Dah mula menyiarap.....








Alhamdulilah anak ibu dah mula nak meyiarap.cepat jugak umur 3 bulan 2 minggu dah mengering.Bila umur 3 bulan 3 minggu dah boleh menyiarap.Kakaknya lagi cepat 2 bulan lebih dah mengering 3 bulan dah menyiarap.Semalam genap umur anak ibu 4 bulan.esok kena ke klinik untuk timbang plak.Berapa kg la agaknya naik berat badan anak ibu ni?.....Sebelum ni 4.6kg.Sekarang ni pun mulutnya dah becok macam orang dah pandai bercakap.Sekarang ni asyik nak dukung je tak boleh letak.Atuk dah ajar dukung. bila atuk tak de ibu gan ayah la pengsan nak dukung dia jeee......tak yah buat keje lain layan dia sorang je....Bila anak ibu besar nanti jadi manusia yang berguna jangan lupa ibu gan ayah belajar pandai-pandai......amiiiiinnn.....

Jumaat, 16 November 2012

PERCUBAAN BUAT KEK COKLAT MOIST

selepas keluar dari kukus


selepas di make up dengan coklat masak & calour rice

tegok moist kannn.....sedapnyaaaa....


CUTI  SEMALAM AKU TERAGAK NAK MAKAN KEK COKLAT.BAHAN-BAHAN SEMUA DAH LENGKAP CUMA RAJIN TAK RAJIN JE NAK MEMBANCUHNYA.RESEPI NI AKU AMBIK DARI  blog my resepi. TU PUN AKU UBAH IKUT CITARASA AKU CKIT.TAK SANGKA PULAK MENJADI.KEKNYA MOIST DARI KEK YANG DULU-DULU AKU BUAT.

BAHAN-BAHAN :

BAHAN A :(DI AYAK)

3 CAWAN TEPUNG GANDUM

2 CAWAN KOKO 

2 SUDU SODA BIKARBONAT

SECUBIT GARAM

BAHAN B :

6 BIJI TELUR

2 CAWAN GULA

2 CAWAN MINYAK

1 TIN SUSU CAIR


CARA-CARA :
BAHAN B DIPUKUL KEMBANG.

PASTU CAMPUR GAN BAHAN A.

KACAU HINGGA SEBATI.

KUKUS 45 MINIT HINGGA 1 JAM TAU HINGGA MASAK


CUKUR RAMBUT QA'IB





cian penat pas cukur tdooo....


Pada 28/10/2012 hari ahad Muhammad Noor Qa'ib telah dibotakan oleh ayahnya.Masa ni umurnya dah 3 bulan lebih.Senang sagat masa cukur kepala Qa'ib diammmm je...Tahniah la anak ibu kerna telah berjaya dibotakkn oleh ayah.Dah besar anak ibu....


Selasa, 13 November 2012

Sambutan Hari Lahir Kakak ke 2 Tahun








As salam.....ini semasa menyambut hari lahir Siti Nur Ain Batrisay (Kakak) semasa umur genap 2 tahun pada 27 September 2012.Lambat palk update kat blog.Acaranya ringkas je atuk kesayanganya baca doa selamat , trus tiup lilin dan potong kek.Suruh tiup lilin pun takut.Takut gan api kot kakak ni dia cakap anasss.Jadi ibu la yang tuip...Selamat Hari Lahir anakku yang ke dua tahun semoga dimurahkan rezeki dan menjadi manusia yang berguna di dunia dan akhirat...amiiiinn....

Isnin, 12 November 2012

Cerita sedih





Habis je aku dalam pantang 1 dugaan yang hebat aku terima pertama anak aku yang sulung kena deman sawan.Terus masuk wad emergensi di hospital alor gajah, tapi kena tolak melaka sebab sawan dia lama takut jangkitan ke otak..4 hari tahan wad.Hari pertama aku jaga kakak di wad.masuk ari ke 2 ayah dia yang jaga sebab anak ayah cikit-cikit ayah...pening aku....nak senang ayah dia yang jaga.
2 minggu lepas 2 adiknya pulak masuk wad.ni pun kena tolak melaka coz x katil kosong.Kesian kalau baby masuk wad ambik darahnya lain cucuk ubatnya lain boleh nangis aku dibuatnya...adik masuk wad 2 ari je sebab lelah.Kahak dah banyak spai masuk kat paru-paru(kira paru-paru dijangkitan kuman)Tapi sekarang alhamdulilah dua-dua anak ibu dah sihat.Harap-harap sihat sampai bila-bila....amiiiinn....