Isnin, 31 Disember 2012

2 beradik demam

Ayah yang prihatin gan anak2

Anak ayah nanti ni.....

ciannya demammm...

muka dah nak sihat

demam pun sempat nak berposing
Assalamualaikum

Hari ni aku nak cerita pasal anak-anak aku yang tak sihat.Yang kakak baru baik deman.Demam 3 hari kemudain batuk gan selsema la pulak.Aku cuma ambil ubat kat klinik je coz aku tahu ubat yang sesuai untuk dia.sekarang alhamdulilah nampak la perubahanya.Dalam proses nak kembali sihat.

Sekarang ni adiknya pulak demam, dah 2 hari ni. Mesti berjangkit dari kakaknya la.Kalau adik yang sakit memang aku risau banyak bukan sikit.Coz dia ada kekurangan G6PD.Aku sentiasa pantau suhu badan, warna kulit,warna anak mata dan air kencingnya takut benda tak elok berlaku.Setakat ni alhamdulilah semua terkawal, cuma kalau dalam masa 3 hari tak ok aku bawa ke hospital je.Kena serahkan kepada yang pakar.

Untuk penjagaan suhu supaya tak panas aku jerlun gan air basic h.Memang berkesan, mandi pun aku campur gan air basic h ni jugak.Kakak 3 hari dah baik demam.1 hari 4 kali la berendam dalam besen.Yang adik aku selang seli mandikan takut dia tak sesuai gan produk ni.

Alhamdulilah aku redha apa yang berlaku, ini lah cabaran bagi ibubapa untuk membesarkan anak2.Aku angap ini dugaan dari Yang Maha Esa.Aku pegang pada 1 Allah tu sayang kat aku tu yang macam2 dugaan Dia bagi pada aku nak tegok aku ni kuat atau lemah dalam mengharungi dugaan yang dia bagi.Ya Allah kau kuatkanlah aku dalam mengharungi segala suka duka dalam menjalani kehidupan  di bumi ini.Aminnnn....

Ni saja cerita pasal anak2 aku buat masa ni..

Khamis, 27 Disember 2012

MAKANAN PERTAMA QA'IB

Assalamualaikum

Kali ni saya nak cerita tentang makanan pertama anakku Si Qa'ib.Pada asalnya nak tgu umur dia 6 bulan baru nak bagi.Alkisahnya balik umah atuknya di Pondoi mak sedaranya sumbat macam2, dia punya kelahap nak makan macam org setahun tak makan.Aku gan suami kesian tegok terus bagi makan nestum suap gan sudu, habis dia makan.

Balik je dari kampung aku belikan biskut tembab untuk makan sarapan pagi.Makan tengahari aku masakan nasi.Ni aku buat dari tepung beras, cuma tambah bahan perisa macam anak ikan, bawang putih, kentang atau lobak merah.Setakat ni tu resepi yang aku buat untuk Qa'ib makan.Buat dia memang leceh ckit sebab aku masak ambik air je (blander) pastu masakan dengan tepung beras.



Nasi perisa kentang


Nasi perisa lobak merah
Ni tengah makan biskut tembam sebelum ibu g keje

Dia makan memang laju, nampak mangkuk je dia dah menangis tak sabar nak makan.Memang selera dia makan syok aku tengok , tak sia-sia aku masak untuk dia...tapi bila makan kena bedung coz tangan dia  tak reti diam, sama sibuk dengan tangan kita nak suap dia.Biasanya aku masak untuk 3 tau 4 ari...nasi ni 2 kali sehari makan

Ok la sampai sini je dulu cerita anakku Qa'ib.nanti kita sambunglagi.....

KELEBIHAN AYAT KURSI


1.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

2.    Terdapat keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya, dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.

3.    Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulallah s.a.w.

4.    Syeikh Abul ‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang dipelajari.

5.    Sesiapa yang membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya. Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan, dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.

6.    Syeikh alBuni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

7.    Barang siapa membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang menjaga selama tidurnya sampai pagi.

8.    Abdurahman bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan pelindung syaitan.

9.    Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

10.  Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)

BISMILLAH...

Sedar atau tidakkah bahawa anugerah Allah kepada kita yang 
disampaikan oleh
> Nabi Mohammad s.a.w untuk dijadikan amalan.
> Amalan membaca Bismillah hirrahman nirrahim sebelum saudara-saudari
> tidur.Cubakan amalan ini - jangan dipasang alarm clock untuk bangun 
tidur
 
> keesokan harinya. Sebelum tidur sebelah malam hendaklah membaca 
Bismillah
 
> sebanyak 21 kali. Semasa mulut membaca Bismillah dan tangan
> menghitung,fikiran/minda/otak kita focaskan esok hari bangunkan saya 
jam
> 0500 pagi.
> Insya-Allah saudara-saudari akan sedar/bangun dari tidur pada waktu
> tersebut sebelah pagi keesokannya. Banyak lagi kebesaran dan fadilah
> membaca Bismillah 21x sebelum tidur.
> Diantaranya:
> :- akan aman daripada gangguan syaitan,
> :- sekiranya ada orang hendak berniat untuk mencuri pada malam
> tersebut dengan berkat Bismillah, pencuri tersebut tidak akan
> berjumpa pintu masuk rumah.
> :- maut mendadak dan bala.
> Fadilat Bismillah yang lain::- Allah memerintah malaikat mencatat 
amal
> manusia yang membaca
> Bismillah ........sebanyak 400 kebaikan.
> :- Membaca ketika hendak berjimak akan melahirkan anak yang
> cerdas,terbuka hatinya, serta menjadi anak yang salih dan baginya
> kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.
> :- Membaca 41 kali ke telinga orang pengsan, boleh memulihkannya
> segera.
> :- Membaca 313 kali dan selawat atas Nabi 100 kali pada hari
> Ahad pada saat matahari terbit dengan menghadap kiblat, akan mendapat
> rezeki tidak terduga.
> :- Membaca 786 kali kemudian tiupkan pada air lalu diminumkan
> kepada orang yang bebal selama tujuh hari pada saat matahari terbit, 
akan
 
> lenyaplah kebebalannya.
> :- Membaca 50 kali dihadapan orang zalim, akan tunduk atau
> takutlah orang zalim itu.
> :- Menulis 61 kali kalimat dengan huruf Arab diatas kertas
> putih,lalu sisipkan ke perut perempuan hamil,insya-Allah hidup anak 
yang
> dikandung itu.
> :- Membaca 786 kali dihadapan dagangan lalu dihembuskan selama
> tujuh hari, insya-Allah maju dagangannya (perniagaannya).
> NOTA: Segala khasiat yang diperturunkan oleh fadilat diatas
> tidak akan berlaku tanpa izin Allah. Oleh itu carilah keredaan Allah
dengan
> melaksanakan segala perintah Nya serta menjauhi segala larangan Nya
> disamping berikhtiar dengan sesungguh hati.

AYAT KURSI








Terjemahan :
Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekelian makhlukNya. Yang tidak mengantukdan tidak tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi pertolongan melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (al-Baqarah ayat 255)

VITAMIN C


 
Semua makanan yang kita ambil seharian yang terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran mempunyai banyak Vitamin C. Vitamin C sukar wujud dalam keadaan yang tulen melainkan dalam bentuk yang telah teroksida. Setakat ini hanya sebuah syarikat pharmaceutical bernama Phizer sahaja yang mempunyai teknologi menyediakan Vitamin C dalam bentuk tulen.

Walaupun Vitamin C mempunyai banyak asid folik, tetapi sekiranya ia wujud dalam bentuk yang banyak dalam keadaan teroksida, ia akan membentuk urik asid. Vitamin C yang banyak dalam darah akan membentuk kristal gout yang berupa seperti kon yang tajam. Ia boleh terbentuk di tapak kaki, buah pinggang dan usus besar. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berkalori tinggi seperti kari dan cili akan menyebabkan berak berdarah. Pengambilan Vitamin C beserta makanan berprotein tinggi seperti keropok lekor, soya dan kobis boleh menyebabkan kencing berdarah.
Vitamin C apabila bertembung dengan protein, Vitamin C akan meyelaputi pretein. Protein yang diselaputi protein membentuk sejenis kolestrol yang tepu dan tidak boleh dihadam. Protein jenis ini akan menyebabkan saluran kapilari yang halus tersumbat. Jika berlaku penyumbatan saluran darah di otak, ia boleh menyebabkan simptom seperti strok.
Sumber Vitamin C yang baik, tidak teroksida dan mudah bersenyawa dengan DNA dan RNA sel ialah daripada daging kambing. Mereka yang mengamalkan memakan daging kambing akan memiliki kulit yang cerah, gebu, sihat dan cantik. Maklumat lanjut mengenai daging kambing, sila rujuk post dalam blog ini bertajuk Terapi Kambing

NASI


Kurangkan Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat malah pembekal karbohidrat utama penduduk dunia. Disamping memberi tenaga, karbohidrat berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut ialah antara kesan sampingan pengambilan karbohidrat dan keterangannya

Karbohidrat apabila bertemu dengan air akan membetuk asid lemak dan gula yang akan membebankan pankreas (NW15) dan meningkatkan berat badan.

Sehingga kini, saintis masih belum dapat merumuskan jumlah keperluan karbohidrat dalam sehari. Berikut ialah petua pengambilan karbohidrat:-

·         Jumlah pengambilan nasi hendaklah dikawal dan dihadkan. Makan separuh pinggan nasi dan lebihkan lauk pauk. Makan nasi cukup sekadar dua kali sehari iaitu siang sekali dan malam sekali.

·         Bagi mengelakkan pembentukan asid lemak berlaku dengan pantas, jauhkan air daripada nasi. Masak nasi dengan jumlah air yang dikurangkan. Nasi yang terbaik mestilah tidak begitu lembik.

·         Jangan ambil bubur nasi sama sekali. Ini adalah amalan pengambilan karbohidrat yang amat mudarat terutama bagi mereka yang sedang sakit. Penyakit yang sedia akan bertambah mudarat terutama bagi pesakit diabitis atau kencing manis.

·         Ketika makan nasi, elakkan menuangkan kuah atau melinangkan nasi di dalam kuah. Tuang kuah sekadar untuk menyedapkan nasi sahaja bukan untuk membasahkannya.

·         Selepas makan nasi, tunggu antara 10 ke 30 minit untuk minum (anda dapat rasakan sendiri tempoh masa nasi dihadamkan di dalam perlu). Elakkan minum sejurus selepas makan nasi. Untuk mengelakkan tercekek ketika makan atau rasa tekak melekat, jilat garam sebelum makan. Kunyah nasi hingga lumat sebelum telan.

·         Semasa proses penghadaman berlaku, tubuh perlu berada dalam keadaan berehat dan tegak. Jangan baring atau tidur selepas makan nasi.

·         Berfikir atau mengalum ketika makan akan mengganggu proses penghadaman. Nasi yang dimakan akan mudah menhadi asid lemak. Jangan makan nasi seorang diri. Makanlah bersama teman yang dapat mengelakkan hati berfikir ketika makan.

·         Elakkan makan nasi sambil mendengar radio atau menonton television kerana ia akan menyebabkan fikiran mengelamun dan vibration daripada setiap yang ditonton atau didengar akan turut dirakam dan dimakan bersama nasi.

Nasi itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak masalah, antaranya ialah:-

·         Hampir kesemua beras telah digilap dan dilunturkan warnanya supaya kelihatan putih dan berkilat. Banyak zat di bahagian kulit padi dibuang atau dimusnahkan.

·         Nasi yang telah disimpan lama akan berkulat, punca gangguan sistem limpatik (NW12) dan gangguan kelenjar pineal (NW1)

·         Nasi yang diimport tidak mengandungi antidot untuk penduduk tempatan, ia akan membebankan hati (NW12).

·         Setiap nasi dari jenis yang berlainan mempunyai kadar penyerapan air yang berlainan, tubuh tidak mampu menyesuaikan diri setiap kali mengambil nasi yang berlainan. Ia boleh menyerap logam berat yang akan menjejaskan kejenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan.

Dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology, anda boleh menentukan beras terbaik untuk diri dan keluarga anda. Pengambilan tepung gandum atau kekacang sebagai menggantikan nasi adalah tidak sesuai terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Tepung gandum mempunyai serat yang tinggi dan tidak baik untuk usus, ia boleh menyebabkan apendiks atau masalah usus seperti sembelit dan buasir. Kekacang pula amat aktif mengurai mineral (termasuk logam berat) hingga asid folik dan mineral untuk kelenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan juga akan diuraikan. Kentang yang digoreng dengan minyak zaitun adalah alternatif terbaik bagi menggantikan nasi. Kentang tidak menyerap air dan dapat mengelakkan pembentukan asid lemak. Pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan mencampurkannya dengan perasa makanan sebaliknya gunakanlah garam bukit sebagai perasa yang selamat dan boleh diambil tanpa had dos.

 

KAMBING


 
Kolestrol kambing

Hampir tidak ada kewujudan protein di dalam daging kambing. Protein dalam kambing wujud dalam bentuk kolestrol lembut yang boleh mengurai kolestrol daripada sumber yang lain.

Penguraian kolestrol kambing berlaku dengan amat pantas secara pemecahan berdua-dua. Bagi mereka yang menghidap penyakit darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan kolestol di dalam darah akan diuraikan. Ia akan mengakibatkan isipadu darah dan seseorang akan mengalami kesakitan di bahagian kepala selama beberapa jam. Setelah itu, paras kolestrol dalam darah Jatuh dengan mendadak.

Bagi mereka yang mengalami penyakit atau simptom darah tinggi, pengambilan daging kambing akan menyebabkan pembongkaran manakala bagi mereka yang sihat, pengambilan daging kambing dapat mencegah daripada berlakunya risiko darah tinggi.

Maklumat lengkap mengenai kambing sebagai terapi telah dilulis dalam post di blog ini bertajuk Therapy Kambing

 

KOLESTROL


Lebihkan Kolestrol

Kolestrol terbahagi kepada baik dan jahat. Tetapi kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kesan sampingannya sendiri. Kolestrol baik memberi manfaat kepada jantung tetapi ia boleh terbentuk menjadi tepu dan menyekat arteri dan boleh menyebabkan pembekuan darah di bahagan kepala atau menyebabkan strok. Kolestrol jahat adalah punca kepada serangan jantung tetapi kehadirannya akan melancarkan pergerakan darah. Ia banyak menyumbang kepada rasa cinta, nafsu dan keghairahan kepada seseorang. Oleh itu, istilah “kolestrol jahat” dan “kolestrol baik” adalah tidak sesuai digunakan lagi!

KOLESTROL BAIK
Sumber:Minyak soya, minyak jagung, munyak kelapa sawit
KOLESTROL JAHAT
Sumber:Daging lembu, minyak sayuran, minyak bunga matahari
Manfaat
Untuk melancarkan pergerakan darah di dalam jantung
Memberi rasa cinta, nafsu, keinginan dan keghairahan. Menguatkan antibodi semulajadi tubuh. Mengawal suhu badan.
Mudarat
Punca strok, pembekuan darah di otak.
Punca darah tinggi, kegemukkan, serangan jantung

Kolestrol tepu

Kolestrol tepu ialah ikatan protein yang diselaputi oleh asid, biasanya daripada vitamin C atau asid folik. Sumber kolestrol tepu adalah seperti berikut:-

Kolestrol tepu berkeupayaan mengelakkan protein daripada teroksida di samping mampu menyimpan mineral seperti potassiom, iodin dan magnesium yang tinggi dan penting untuk keperluan tubuh. Tetapi kehadiran kolesrtol tepu yang berlebihan akan menyebabkan tubuh tidak mampu menguraikannya. Akibatnya ialah antibodi (Kawalan Biotik NW5) akan lemah. Antara simptom kelemahan pusat kawalan biotik ialah mudah mendapat alahan, resdung, gatal kulit, berbintat di kulit, kemurungan (akibat daripada gangguan hormon NW16) dan sebagainya (sila rujuk Ringkasan Formula NW5).

Kolestrol tepu tidak akan menyebabkan gangguan jantung atau pembekuan saluran darah. Ia sebenarnya menyimpan tenaga dalam bentuk asid lemak. Dalam tempoh jangka panjang, kolestrol tepu akan dikumpulkan di bawah kulit dan membentuk kutil atau ketuat atau tahi lalat. Lazimnya ia banyak tumbuh di kawasan atas pipi, tepi hidung, leher dan bahu dan belakang dada. Ketumbuhan dalam organ pula boleh membesar hingga mengganggu fungsi organ dan kerap kali disangka kanser. Biasanya pembesaran ketumbuhan ini akan terhenti pada sesuatu tahap atau sekuranya saluran darah di bahagian pengumpulan kolestrol tepu tersebut tersekat.

 

KURANGKAN AIR


Kurangkan Air

Kandungan air dalam tubuh badan manusia ialah kira-kira 69.8%. Namun dakwaan menyatakan kita memerlukan air sebanyak 7 gelas atau 1,500ml air sehari adalah tidak benar. Hakikat sebenarnya ialah kita hanya memerlukan 300 ml air sahaja sehari. Jumlah tersebut ialah kira-kira 1 1/2 gelas sahaja.

Sebenarnya setiap kali kita mengambil segelas air sekali gus, hanya 1/7 sahaja (atau kira-kira 43 ml) daripadanya yang akan diserap oleh tubuh. Untuk mendapatkan 300 ml sehari, kita terpaksa mengambil 7 gelas air sehari.

Dengan adap minum yang betul, kita tidak perlu memaksa diri mengambil terlalu banyak air untuk keperluan seharian. Bukannya mudah untuk mengambil air yang terlalu banyak (1,500ml) sehari dan jika boleh, ia tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah pengambilan air yang berlebihan ia boleh mendatangkan kesan sampingan pula.

Antara kesan pengambilan air yang berlebihan ialah:-

·         Mengganggu proses penghadaman hasil tindak balas enzim dan hormon yang cair. Penghadaman memerlukan keadaan suhu yang panas di dalam perut dan kering. Kebasahan akan mengganggu proses penghadaman dan menurunkan suhu di dalam perut. Makanan yang tidak dihadam tidak akan membentuk tenaga sebaliknya akan dinyahtinjakan atau ditukar kepada asid lemak.

·         Pengaliran banyak mineral keluar melalui perkumuhan seperti perpeluhan yang berlebihan, pembuangan air kecil dan penghembusan nafas.

·         Pembentukan banyak asid lemak hasil tindak balas hidrogen dalam air dan karbon dalam karbohidrat. Mengambil nasi yang disulami dengan air akan menyebabkan pembentukan asid lemak cepat berlaku.

·         Pengambilan 1,500ml air dalam tempoh 3 jam boleh menyebabkan air itu dimuntahkan semula.

·         Pengambilan air yang banyak sedangkan ia tidak boleh serap atau dihadamkan akan menyebabkan darah menjadi cair. Antara tanda darah cair ialah rasa pening kepala.

Untuk mengatasi masalah terpaksa mengambil air berlebihan yang mengakibatkan kesan sampingan, berikut ialah adap pengambilan air yang sepatutunya dimalkan:-

·         Tubuh hanya mampu menyerap air dengan berkesan sekiranya minuman diambil sedikit demi sedikit. Oleh itu, minum seteguk demi seteguk, jangan minum sekali gus air di dalam cawan / gelas. Dengan cara ini hampir keseluruhan air yang diminum akan diserap oleh tubuh.

·         Makanan yang di makan akan diproses melalui proses pencernaan oleh enzim-enzim tertentu. Proses ini berjalan lancar sekiranya enzim tersebut berada dalam kepekatan yang sesuai. Kepekatan ini akan terganggu jika wujud kehadiran terlalu banyak air. Tunggu kira-kira 10 ke 30 minit selepas makan untuk mengambil air. Jika tercekek, suap lagi makanan dan kunyah kemudian terus telan bersama dengan makan yang tercekek. Untuk mengelakkan rasat tercekek atau makanan melekat di kerongkong, jilat dahulu garam sebelum makan.

·         Proses pengangkutan makan dari mulut ke dalam perut melalui esofagos dipanggil peristalsis. Peristalsis ialah proses pengembangan dan menguncupan otot esofagos untuk menolak dan membawa makan dari mulut ke perut. Proses ini juga berlaku dibahagian usus dan beberapa saluran lain dalam tubuh cuma ia lebih ketara di bahagian esofagos. Apabila peristalsis berlaku, tenaga yang besar diperlukan. Sekiranya perses peristalsis berlaku dengan banyak dan serentak, esofagos akan menjadi lemah. Untuk mengatasi masalah ini, jangan telan air dalam tegukan yang besar dan jangan meneguk secara berturut-turut tanpa henti. Teguklah perlahan-lahan dalam secara seteguk demi seteguk dan dengan tegukan yang kecil.

·         Semasa sedang kepenatan dan kahausan, paru-paru akan menarik nafas dengan kencang dan ruang trakea yang berselari dengan esofagus memerlukan ruang yang lebih luas. Jika kita minum air ketika terlalu haus, ia akan menyebabkan gangguan pernafasan atau tercekek ketika minum. Oleh itu, elakkan minum ketika terlalu haus atau terlalu dahaga. Jika terpaksa, minumlah dengan tegukkan yang kecil atau dengan cara melalukan air di atas lidah. Sebaiknya jilatlah gula atau mengambil secubit manisan sebelum minum.