Khamis, 27 Disember 2012

Kurangkan Protien


Protein kata dasarnya protos dalam bahasa Yunani bermaksud “Perdana”.

Protein mempunyai banyak pecahan mengikut jenis ikatannya (hidrogen, karbon, nitrogen, oksogen dan terdapat juga sulfur dan fosforus). Setiap jenis ikatan protein ini berbeza berdasarkan sumber yang berbeza antaranya protein tumbuhan seperti soya, kobis dan taugeh. Protein haiwan daripada ikan, ayam dan daging. Protein yang telah membentuk kolestrol seperti minyak kelapa sawit, minyak kacang soya dan minyak jagung. Protein yang membentuk alhokol yang dijadikan minuman keras. Protein yang membentuk kolestrol tepu seperti sotong, udang, ketam, kerang, siput, organ dalaman haiwan seperti perut atau usus, hati dan limpa. Di dalam tubuh pula, karbohidrat yang berlebihan apabila bertemu dengan air (unsur hidrogen) akan disimpan dalam bentuk lemak protein yang menunggu masa untuk diurai (penghidogenan) menjadi protein tenaga.
Tumbuhan yang mengandungi banyak protein boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri seperti berikut:

·         Tidak mendapat dedahan cahaya matahari yang mencukupi.
Fizikal yang keras dan kenyal (akibat daripada pembinaan protein).

·         Turut mengandungi karbohidrat (rasanya agak manis dimakan mentah).

·         Kekurangan klorofil (kurang warna hijau, biasanya berwarna putih).

·         Mudah busuk atau rosak atau tidak boleh disimpan lama (disebabkan protein amat disukai oleh bakteria).

Tumbuhan yang sepatutnya dimakan oleh manusia ialah tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri pengeluar iaitu tumbuhan yang mampu memproses makan sendiri dan menukarkan cahaya matahari kepada tenaga. Tumbuhan yang boleh membuat makanan sendiri ialah tumbuhan yang terdedah daunnya terhadap pancaran cahaya matahari dan memiliki klorofil. Oleh itu tumbuhan ini sepatutnya mempunyai daun hijau. Tumbuhan yang tidak memiki klorofil akan kelihatan putih atau gelap kemerahan. Akibat tidak mampu membuat makanan sendiri, tumbuhan ini akan membina dan menyerap protein untuk menguatkan strukturnya hingga ia kelihatan keras dan kenyal. Tumbuhan ini juga boleh menghasilkan karborhidrat untuk kegunaannya sendiri.

Contoh tumbuhan yang mempunyai kandungan protein tinggi ialah kobis, taugeh dan soya. Selain tumbuhan, protein juga banyak di dapati dalam susu terutama susu awal lembu atau susu lembu yang diambil ketika dalam tempoh sebulan setelah lembu melahirkan anak. Kuning telur juga mengandungi banyak protein.

Kesemua pecahan ini akan diproses oleh Hati (NW12). Protein yang berlebihan dalam darah yang tidak digunakan sebagai tenaga akan dinyahkan oleh Buah Pinggang (NW13). Sekiranya seseorang mengambil terlalu banyak makanan berprotein, makan dah buah pinggang akan menjadi lemah terjejas fungsinya.

Di negara maju, susu tinggi protein telah diharamkan penjualannya dan kini ia dilambakkan di negara ketiga dalam bentuk jualan langsung.

Protein akan secara serta merta menjejaskan hati dan buah pinggang hingga menimbulkan simptom major seperti berikut:-

·         Melemahkan EQ.

·         Kekaburan mata dan mata bersilau.

·         Melemahkan buah pinggang dan gangguan kencing.

Pusat tenaga EQ (Emotional Quotient) terletak pada Hati (NW12). Hati berperanan memproses protein. Sekiranya terdapat protein berlebihan di dalam tubuh, hati akan terbeban. Akibatnya daya kekuatan EQ akan lemah. Kelemahan EQ menjadikan seseorang mudah lurus bendul, tidak kreatif atau telalu keras kepala. Walaupun dari segi pelajaran, mereka boleh menghafal dengan baik, tetapi kefahamnya terhadap pejaran amatlah lemah.

Mata amat berkait rapat dengan Hati (NW12) dalam hubungan sympathetic. Kekuatan iris mata dan kawalan tahap pembukaan dan penutupannya bergantung kepada tenaga dari Hati. Jika Hati terbeban dengan protein tinggi, mata akan menjadi silau dengan cahaya terang. Mata akan kelihatan seoalah-olah hendak terpejam kerana tidak mampu menerima cahaya yang banyak.

Hubungan sympathetic yang rapat antara mata dengan hati juga dapat dilihat daripada penyakit jaundis dan hepatetis. Simptom tersebut dapat dikesan daripada tanda mata kelihatan kekuningan. Selain itu, hati juga berfungsi memproses kolestrol. Kandungan kolestrol yang tinggi menyebabkan kekenyalan kanta mata berkurang. Akibatnya mata menjadi kabur atau rabun jauh atau rabun dekat.

Protein yang berlebihan dalam darah akan diproses untuk penyingkiran dan penyusunan nutrient di bahagian Buah Pinggang (NW13). Jika kandungan protein tinggi dalam darah.

Sekiranya anda dapat menghentikan
pengambilan protein yang tinggi,
maka 80% daripada penyakit anda
dapat dirawat secara semula jadi!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan