Kurangkan Air
Kandungan air dalam tubuh badan manusia ialah
kira-kira 69.8%. Namun dakwaan menyatakan kita memerlukan air sebanyak 7 gelas
atau 1,500ml air sehari adalah tidak benar. Hakikat sebenarnya ialah kita hanya
memerlukan 300 ml air sahaja sehari. Jumlah tersebut ialah kira-kira 1 1/2
gelas sahaja.
Sebenarnya setiap kali kita mengambil segelas air
sekali gus, hanya 1/7 sahaja (atau kira-kira 43 ml) daripadanya yang akan
diserap oleh tubuh. Untuk mendapatkan 300 ml sehari, kita terpaksa mengambil 7
gelas air sehari.
Dengan adap minum yang betul, kita tidak perlu memaksa
diri mengambil terlalu banyak air untuk keperluan seharian. Bukannya mudah
untuk mengambil air yang terlalu banyak (1,500ml) sehari dan jika boleh, ia
tidak dapat dilakukan setiap hari. Malah pengambilan air yang berlebihan ia
boleh mendatangkan kesan sampingan pula.
Antara kesan pengambilan air yang berlebihan ialah:-
·
Mengganggu proses penghadaman hasil tindak balas enzim
dan hormon yang cair. Penghadaman memerlukan keadaan suhu yang panas di dalam
perut dan kering. Kebasahan akan mengganggu proses penghadaman dan menurunkan
suhu di dalam perut. Makanan yang tidak dihadam tidak akan membentuk tenaga
sebaliknya akan dinyahtinjakan atau ditukar kepada asid lemak.
·
Pengaliran banyak mineral keluar melalui perkumuhan
seperti perpeluhan yang berlebihan, pembuangan air kecil dan penghembusan
nafas.
·
Pembentukan banyak asid lemak hasil tindak balas
hidrogen dalam air dan karbon dalam karbohidrat. Mengambil nasi yang disulami
dengan air akan menyebabkan pembentukan asid lemak cepat berlaku.
·
Pengambilan 1,500ml air dalam tempoh 3 jam boleh
menyebabkan air itu dimuntahkan semula.
·
Pengambilan air yang banyak sedangkan ia tidak boleh
serap atau dihadamkan akan menyebabkan darah menjadi cair. Antara tanda darah
cair ialah rasa pening kepala.
Untuk mengatasi masalah terpaksa mengambil air
berlebihan yang mengakibatkan kesan sampingan, berikut ialah adap pengambilan
air yang sepatutunya dimalkan:-
·
Tubuh hanya mampu menyerap air dengan berkesan
sekiranya minuman diambil sedikit demi sedikit. Oleh itu, minum seteguk demi
seteguk, jangan minum sekali gus air di dalam cawan / gelas. Dengan cara ini
hampir keseluruhan air yang diminum akan diserap oleh tubuh.
·
Makanan yang di makan akan diproses melalui proses
pencernaan oleh enzim-enzim tertentu. Proses ini berjalan lancar sekiranya
enzim tersebut berada dalam kepekatan yang sesuai. Kepekatan ini akan terganggu
jika wujud kehadiran terlalu banyak air. Tunggu kira-kira 10 ke 30 minit selepas
makan untuk mengambil air. Jika tercekek, suap lagi makanan dan kunyah kemudian
terus telan bersama dengan makan yang tercekek. Untuk mengelakkan rasat
tercekek atau makanan melekat di kerongkong, jilat dahulu garam sebelum makan.
·
Proses pengangkutan makan dari mulut ke dalam perut
melalui esofagos dipanggil peristalsis. Peristalsis ialah proses pengembangan
dan menguncupan otot esofagos untuk menolak dan membawa makan dari mulut ke
perut. Proses ini juga berlaku dibahagian usus dan beberapa saluran lain dalam
tubuh cuma ia lebih ketara di bahagian esofagos. Apabila peristalsis berlaku,
tenaga yang besar diperlukan. Sekiranya perses peristalsis berlaku dengan
banyak dan serentak, esofagos akan menjadi lemah. Untuk mengatasi masalah ini,
jangan telan air dalam tegukan yang besar dan jangan meneguk secara
berturut-turut tanpa henti. Teguklah perlahan-lahan dalam secara seteguk demi
seteguk dan dengan tegukan yang kecil.
·
Semasa sedang kepenatan dan kahausan, paru-paru akan
menarik nafas dengan kencang dan ruang trakea yang berselari dengan esofagus
memerlukan ruang yang lebih luas. Jika kita minum air ketika terlalu haus, ia
akan menyebabkan gangguan pernafasan atau tercekek ketika minum. Oleh itu,
elakkan minum ketika terlalu haus atau terlalu dahaga. Jika terpaksa, minumlah
dengan tegukkan yang kecil atau dengan cara melalukan air di atas lidah.
Sebaiknya jilatlah gula atau mengambil secubit manisan sebelum minum.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan