Khamis, 27 Disember 2012

NASI


Kurangkan Nasi

Nasi mengandungi karbohidrat malah pembekal karbohidrat utama penduduk dunia. Disamping memberi tenaga, karbohidrat berlebihan akan menyebabkan beberapa kesan sampingan. Berikut ialah antara kesan sampingan pengambilan karbohidrat dan keterangannya

Karbohidrat apabila bertemu dengan air akan membetuk asid lemak dan gula yang akan membebankan pankreas (NW15) dan meningkatkan berat badan.

Sehingga kini, saintis masih belum dapat merumuskan jumlah keperluan karbohidrat dalam sehari. Berikut ialah petua pengambilan karbohidrat:-

·         Jumlah pengambilan nasi hendaklah dikawal dan dihadkan. Makan separuh pinggan nasi dan lebihkan lauk pauk. Makan nasi cukup sekadar dua kali sehari iaitu siang sekali dan malam sekali.

·         Bagi mengelakkan pembentukan asid lemak berlaku dengan pantas, jauhkan air daripada nasi. Masak nasi dengan jumlah air yang dikurangkan. Nasi yang terbaik mestilah tidak begitu lembik.

·         Jangan ambil bubur nasi sama sekali. Ini adalah amalan pengambilan karbohidrat yang amat mudarat terutama bagi mereka yang sedang sakit. Penyakit yang sedia akan bertambah mudarat terutama bagi pesakit diabitis atau kencing manis.

·         Ketika makan nasi, elakkan menuangkan kuah atau melinangkan nasi di dalam kuah. Tuang kuah sekadar untuk menyedapkan nasi sahaja bukan untuk membasahkannya.

·         Selepas makan nasi, tunggu antara 10 ke 30 minit untuk minum (anda dapat rasakan sendiri tempoh masa nasi dihadamkan di dalam perlu). Elakkan minum sejurus selepas makan nasi. Untuk mengelakkan tercekek ketika makan atau rasa tekak melekat, jilat garam sebelum makan. Kunyah nasi hingga lumat sebelum telan.

·         Semasa proses penghadaman berlaku, tubuh perlu berada dalam keadaan berehat dan tegak. Jangan baring atau tidur selepas makan nasi.

·         Berfikir atau mengalum ketika makan akan mengganggu proses penghadaman. Nasi yang dimakan akan mudah menhadi asid lemak. Jangan makan nasi seorang diri. Makanlah bersama teman yang dapat mengelakkan hati berfikir ketika makan.

·         Elakkan makan nasi sambil mendengar radio atau menonton television kerana ia akan menyebabkan fikiran mengelamun dan vibration daripada setiap yang ditonton atau didengar akan turut dirakam dan dimakan bersama nasi.

Nasi itu sendiri sebenarnya mempunyai banyak masalah, antaranya ialah:-

·         Hampir kesemua beras telah digilap dan dilunturkan warnanya supaya kelihatan putih dan berkilat. Banyak zat di bahagian kulit padi dibuang atau dimusnahkan.

·         Nasi yang telah disimpan lama akan berkulat, punca gangguan sistem limpatik (NW12) dan gangguan kelenjar pineal (NW1)

·         Nasi yang diimport tidak mengandungi antidot untuk penduduk tempatan, ia akan membebankan hati (NW12).

·         Setiap nasi dari jenis yang berlainan mempunyai kadar penyerapan air yang berlainan, tubuh tidak mampu menyesuaikan diri setiap kali mengambil nasi yang berlainan. Ia boleh menyerap logam berat yang akan menjejaskan kejenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan.

Dengan menggunakan kaedah Applied Kinesiology, anda boleh menentukan beras terbaik untuk diri dan keluarga anda. Pengambilan tepung gandum atau kekacang sebagai menggantikan nasi adalah tidak sesuai terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Tepung gandum mempunyai serat yang tinggi dan tidak baik untuk usus, ia boleh menyebabkan apendiks atau masalah usus seperti sembelit dan buasir. Kekacang pula amat aktif mengurai mineral (termasuk logam berat) hingga asid folik dan mineral untuk kelenjar pitutary (NW2) yang menjaga ingatan juga akan diuraikan. Kentang yang digoreng dengan minyak zaitun adalah alternatif terbaik bagi menggantikan nasi. Kentang tidak menyerap air dan dapat mengelakkan pembentukan asid lemak. Pengambilannya hendaklah dalam kuantiti yang sedikit dan elakkan mencampurkannya dengan perasa makanan sebaliknya gunakanlah garam bukit sebagai perasa yang selamat dan boleh diambil tanpa had dos.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan