1.
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi dengan istikamah setiap kali selesai sembahyang fardhu,
setiap pagi dan petang, setiap kali masuk kerumah atau kepasar, setiap kali
masuk ke tempat tidur dan musafir, insyaallah akan diamankan dari godaan
syaitan dan kejahatan raja-raja (pemerintah) yang kejam, diselamatkan dari
kejahatan manusia dan kejahatan binatang yang memudharatkan. Terpelihara
dirinya dann keluarganya, anak-anak nya, hartanya, rumahnya dari kecurian,
kebakaran dan kekaraman.
2.
Terdapat
keterangan dalam kitab Assarul Mufidah, barang siapa yang mengamalkan membaca
ayat kursi, setiap kali membaca sebanyak 18 kali, inyaallah ia akan hidup
berjiwa tauhid, dibukakan dada dengan berbagai hikmat, dimudahkan rezekinya,
dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang selalu segan
kepadanya, diperlihara dari segala bencana dengan izin Allah s.w.t.
3.
Salah seorang
ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a,
membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng
pertahanan Rasulallah s.a.w.
4.
Syeikh Abul
‘Abas alBunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan
kata-katanya (50 kali), di tiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, maka
inysyaallah tuhan mencerdaskan akalnya dan memudahkan faham pada pelajaran yang
dipelajari.
5.
Sesiapa yang
membaca ayat Kursi selepas sembahyang fardhu, Tuhan akan mengampunkan dosanya.
Sesiapa yang membacanya ketika hendak tidur, terpelihara dari gangguan syaitan,
dan sesiapa yang membacanya ketika ia marah, maka akan hilang rasa marahnya.
6.
Syeikh alBuni
menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170
huruf), maka insyaallah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan
menunaikan segala hajatnya, dam melapangkan fikiranyan, diluluskan rezekinya,
dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.
7.
Barang siapa
membaca ayat Kursi ketika hendak tidur, maka Tuhan mewakilkan dua malaikat yang
menjaga selama tidurnya sampai pagi.
8.
Abdurahman
bin Auf menerangkan bahawa, ia apabila masuk kerumahnya dibaca ayat Kursi pada
empat penjuru rumahnya dan mengharapkan dengan itu menjadi penjaga dan
pelindung syaitan.
9.
Syeikh Buni
menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat
garis lingkaran denga nisyarat nafas sambil membaca ayat Kuris. Kemudian ia
masuk bersama jamaahnya kedalam garis lingkaran tersebut menghadap kearah
musuh, sambil membaca ayat Kursi sebayak 50 kali, atau sebanayk 170 kali,
insyaallah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.
10. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa
yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari,
maka demi Allah, demi Rasul, demi alQuran yang mulia, Tuhan akan membukakan
baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada
manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan