Ayah yang prihatin gan anak2 |
Anak ayah nanti ni..... |
ciannya demammm... |
muka dah nak sihat |
demam pun sempat nak berposing |
Hari ni aku nak cerita pasal anak-anak aku yang tak sihat.Yang kakak baru baik deman.Demam 3 hari kemudain batuk gan selsema la pulak.Aku cuma ambil ubat kat klinik je coz aku tahu ubat yang sesuai untuk dia.sekarang alhamdulilah nampak la perubahanya.Dalam proses nak kembali sihat.
Sekarang ni adiknya pulak demam, dah 2 hari ni. Mesti berjangkit dari kakaknya la.Kalau adik yang sakit memang aku risau banyak bukan sikit.Coz dia ada kekurangan G6PD.Aku sentiasa pantau suhu badan, warna kulit,warna anak mata dan air kencingnya takut benda tak elok berlaku.Setakat ni alhamdulilah semua terkawal, cuma kalau dalam masa 3 hari tak ok aku bawa ke hospital je.Kena serahkan kepada yang pakar.
Untuk penjagaan suhu supaya tak panas aku jerlun gan air basic h.Memang berkesan, mandi pun aku campur gan air basic h ni jugak.Kakak 3 hari dah baik demam.1 hari 4 kali la berendam dalam besen.Yang adik aku selang seli mandikan takut dia tak sesuai gan produk ni.
Alhamdulilah aku redha apa yang berlaku, ini lah cabaran bagi ibubapa untuk membesarkan anak2.Aku angap ini dugaan dari Yang Maha Esa.Aku pegang pada 1 Allah tu sayang kat aku tu yang macam2 dugaan Dia bagi pada aku nak tegok aku ni kuat atau lemah dalam mengharungi dugaan yang dia bagi.Ya Allah kau kuatkanlah aku dalam mengharungi segala suka duka dalam menjalani kehidupan di bumi ini.Aminnnn....
Ni saja cerita pasal anak2 aku buat masa ni..